Dalam mengunakan TMK dalam P&P terdapat beberapa kedah yang dapat digunakan sebagai alatan bantuan mengajar, antaranya dengan mengunakan medium gambar rajah, video,audio dan permainan sebagai pengantara bagi subjek yang di ajar. medium ini sangat mudah untuk di perolehi dalam dunia maya. hanya perlu ke engin pencarian, dan taip mengikut keperluan.
contonya: kod bagi gambar = .jpg
kod bagi lagu = mp3
kod bagi video = mp4
Penggunaan: taip perkataan yang diinginkan kemudia sambungkan dengan kod yang di inginkan
teknik persembahan TMK dalan PJ :-
a) tutorial - teknik mengajar dengan kaedah on-line
b) Permainan -teknik soal jawab secara lan atau On line
c) Simulasi -teknik simulasi dengan kedah video
d) Tunjuk ajar - teknik tunjuk ajar dengan kaedah berkumpulane) ujian - ujian secara on-line
kesemua kaedah di atas dapat mengurangkan penggunaan masa dan memudahkan sesi P&P untuk guru dan pelajar
Teknologi Pengajaran
Definisi Briggs (1977) yang menyatakan Rancangan Pengajaran adalah seluruh proses
menganalisis keperluan dan matlamat pengajaran (apa) dan pembinaan satu sistem
penyampaian untuk memenuhi keperluan berkenaan.
Richey (1986) mendefinisikan Rancangan Pengajaran sebagai sains untuk mencipta spesifikasi
pengajaran yang terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan suatu
keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran sesuatu unit pembelajaran tidak kira kecil atau
besar dalam sesuatu mata pelajaran. Rancangan pengajaran mencakupi seluruh proses
pengajaran iaitu rekabentuk, bina, nilai dan pengurus pembelajaran.
Reka bentuk pengajaran merupakan pelan atau prosedur keseluruhan yang digunakan oleh
seseorang guru untuk menyampaikan pelajaran kepada pelajar. Terdapat banyak rekabentuk
yang digunakan di dalam Pengajaran Pendidikan Jasmani (Dowell, 1975, Gallahue, 1993,
Pangrazi dan Dauer, 1992)
Duffy dan Jonassen (1991) pula berpendapat bahawa Rancangan Mengajar adalah satu
andaian yang dibuat oleh pereka pengajaran tentang pelajaran dan proses pembelajaran untuk
mengenalpasti matlamat pengajaran, tentang pengembangan dan pembinaan bahan
pengajaran yang relevan atau berkaitan dengan matlamat pengajaran dan tentang pemilihan
atau pembinaan suatu pendekatan untuk menyampaikan bahan yang dihasilkan.
Integrasi ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penglibatan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran secara tidak terancang akan hanya
mengundang kegagalan. Dalam konteks penggunaan ICT ini, tiada satu cara pun yang boleh
dikatakan sebagai terbaik dan mesti digunakan oleh guru atau murid.
Pendekatan yang terbaik ialah jika penggunaannya sesuai dengan keperluan murid serta dapat
membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang munasabah.
Bagaimana saya boleh mengaplikasikan kemahiran ICT untuk
mengukuhkan lagi teknik hantaran dalam bola baling kepada pelajar ?
Integrasi ICT Dalam Pembelajaran Tutorial
Pembelajaran tutorial apabila digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran
berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Pembelajaran tutorial ini merangkumi :
1. Pembelajaran Eksploratori
2. Demonstrasi sesuatu fenomena yang akan ditunjukkan dan dikawal secara urutan.
3. Latihan atau latihtubi yand disampai dan dikawal oleh sistem.
Bagaimana ICT Digunakan Untuk Pembelajaran Tutorial ?
1. Adakah ia digunakan oleh pelajar atau murid dalam bentuk Web Based atau CD- ROM
Based.
2. Setiap perisian pendidikan mengandungi satu atau lebih daripada komponen berikut;
• Mempersembahkan maklumat
• Membimbing
• Memberi latihan
• Menilai pencapaian
Clack dan Sun (1996) menyatakan Perisian Pendidikan dalam pembelajaran tutorial
direkabentuk berdasarkan kepada model tradisional Pengajaran dan Pembelajaran. Model
transmisi yang melibatkan guru sebagai penyampai maklumat dan murid sebagai penerima
maklumat. Perisian pendidikan seperti ini lebih mudah diadaptasikan oleh guru.
Walau bagaimanapun anda perlu berhati-hati dalam melaksanakan pendekatan ini kerana :
1. Mengakibatkan pembaziran masa dan tenaga.
2. Menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif.
3. Menjuruskan kearah penyalahgunaan kemudahan ICT.
4. Mengakibatkan lebih banyak masa diperlukan oleh pelajar untuk mempelajari sesuatu.
Perkara yang perlu diambil perhatian oleh guru untuk dipertimbangkan
1. Perisian ICT yang sesuai untuk digunakan
2. Ada kemahiran mengendalikan peralatan ICT
3. Penggunaan ICT dapat membantu pelajar dan menguasai pengetahuan yang
dikehendaki
4. Kaji perisian pendidikan yang sedia ada sebagai panduan guru.
Apakah situasi yang sesuai untuk mengunakan pendekatan ini ?
Kelas yang mengandungi murid yang ramai dengan kemampuan pelajaran yang berbeza.
Dalam situasi ini guru boleh memberi tumpuan kepada sebahagian yang lain menggunakan
komputer. Guru terpaksa bertugas di luar dan kelas diselia oleh guru ganti. Dalam situasi ini
guru tersebut boleh merancang pembelajaran menggunakan komputer.
Terdapat murid sukar mengikuti pengajaran guru. Dalam situasi ini guru boleh menggunakan
perisian khusus untuk pemulihan. Terdapat murid cerdik yang memerlukan aktiviti pengayaan.
Dalam situasi ini perisian pendidikan yang mencabar minda boleh diberikan kepada mereka.
Apa Kelebihan Menggunakan ICT
1. Dapat mengindividukan pembelajaran (kendiri).
2. Murid belajar mengikut kemampuan sendiri.
3. Meningkatkan motivasi.
4. Boleh belajar tanpa penyeliaan atau dengan penyeliaan yang minimum.
No comments:
Post a Comment