Tuesday 26 June 2012

Assalammualaikum. dan salam sejahtera di tujukan kepada para tetamu sekalian...pejam celik pejam celik dah minggu kedua dah... jadi tugasan minggu ke dua... tajuknya (Penggunaan TMK dalam P&P).... Pn Faridah..... maaf ya kalu salah tlg tujukkan.... jadi adik2 , kawan2, cikgu2, dato2 dan sebagainya hari ini saya nak kongsikan serba sedikit mengenai Penggunaan TMK dalam P&P ni....untuk pengetahuan, kumpulan saya terdiri dari 6 orang yang terdiri dari saya sendiri, siti mariam,Nurizawati, Nurul Huda,Kak wan dan Noraidah. tugasan kali ini berbentuk kumpulan... dan hasilnya satu bentuk kajian yang blh d katakan lengkap dan boleh di kongsikan bersama..... tapi sebelum tu kita main teka teki dulu nak?........ soalan saya.... "kenapa Siput Babi jalan pelahan?"..... ha cuba fikir2 kan..... nak tahu jawapannya kena baca sampai habis dulu apa yang saya tulis ni ya....... selamat membaca...


                                       "kumpul kuntuman dunia ,biar mekar berbunga syurga"
                                         kumpul harta dunia... biar sampai menjadi pahala 
                                          kumpul ilmu berguna... sebarkan kepada semua...
                                           InsyaAllah setiap amalan itu pasti akan di balas....  


                    
        Apa maksud “Penggunaan ICT Dalam P&P?
Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan pengajaran dan pembelajaran


Apa Tujuan Modul?
Modul ini bertujuan untuk:· menjelaskan bagaimana ICT dapat digunakan secara terancang dan bersesuaian dalam aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru dan murid dan secara tidak lansung dapat membantu guru merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan ICT,


Manfaat ICT Dalam Pembelajaran ?Penggunaan ICT secara terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran:· berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran , Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan,· Meningkatkan motivasi pelajar,· Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning)· Membolehkan pelajar mengakses maklumat yang sukar diperolehi.· Membolehkan murid mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk dikumpul,· Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar,· Membolehkan pelajar mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa, · Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar,· Memberi peluang kepada pelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minima, · Meningkatkan kemahiran ICT.


Apakah Syarat Untuk Memanfaatkan ICT Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran ?
Untuk memperoleh manfaat penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:· Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dirancang dengan baik, bukan secara bidan terjun atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum. · Guru mesti menggunakan ICT bersesuaian dengan kehendak kurikulum atau untuk menyokong sesuatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran.·

Ada perkakasan dan perisian yang boleh digunakan serta aktiviti pembelajaran yang sesuai.


PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KONSEP ASAS


Bagaimana cara menggunakan ICT dalam Pengajaran Dan Pembelajaran ?
Dalam konteks penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, tiada satu cara pun yang boleh dikatakan sebagai terbaik dan mesti digunakan oleh guru atau pelajar. Pendekatan yang terbaik ialah jika penggunaannya sesuai dengan keperluan pelajar, serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang munasabah. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilihat dari 2 aspek; aspek pengajaran (guru menggunakan ICT), dan aspek pembelajaran (pelajar gunakan ICT).
Dalam konteks pembelajaran penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dikategori sebagai:·


i. ICT Sebagai Alat Tutorial·
ii.ICT Sebagai Alat Penerokaan (eksploratori)·
iii. ICT Sebagai Alat Aplikasi · ICT Sebagai Alat Komunikasi Dalam konteks pengajaran pula, ICT boleh diguna sebagai alat persembahan dan alat demonstrasi.


Apa Maksud ICT Untuk Pembelajaran Tutorial?
ICT dikatakan untuk pembelajaran tutorial apabila digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Pembelajaran tutorial ini merangkumi
Pembelajaran ekspositori
Demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan babaknya oleh sistem,
Latihan atau latihtubi yang disampai dan dikawal oleh sistem.




Bagaimana ICT Digunakan Untuk Pembelajaran Tutorial?Alat ICT yang selalu digunakan untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras ataupun laman web. Istilah Computer Assisted Instruction (CAI). digunakan untuk menggambarkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Kemudiannya istilah Intelligent Computer Assisted Instruction atau Intelligent Tutoring System (Means et. al., 1993) digunakan. Perubahan ini seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam rekabentuk perisian pendidikan yang berciri kecerdasan. Ciri ini melahirkan perisian pendidikan yang berupaya menyesuai maklumat yang disampai dengan kemampuan dan keperluan murid. Dengan perkembangan ICT, perisian kursus yang terdapat pada hari ini hampir semuanya berciri multimedia. Secara umum, setiap perisian pendidikan mengandungi satu atau lebih daripada komponen berikut.
Mempersembahkan maklumat
Membimbing
Menyediakan / memberi latihan
Menilai pencapaian
Perisian pendidikan yang digunakan dalam pembelajaran tutorial sebahagian besar direkabentuk berdasar kepada model tradisional pengajaran dan pembelajaran, model transmisi, yang melihat guru sebagai penyampai maklumat utama dan murid sebagai penerima. Perisian pendidikan seperti ini lebih mudah diadaptasi oleh guru (Clack dan Sun, 1996).
Bagimanapun, guru harus berhati-hati dalam melaksana pendekatan ini. Kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh:
mengakibat pembaziran masa dan tenaga
menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif
menjurus ke arah penyalahgunaan kemudahan ICT
mengakibat lebih banyak masa diperlu oleh pelajar untuk mempelajari sesuatu
Sebelum guru mengguna pendekatan ini, perkara-perkara berikut perlu diberi pertimbangan:
· Ada perisian pendidikan yang sesuai. Untuk tujuan ini, guru perlu terlebih dahulu menilai setiap perisian pendidikan yang hendak diguna oleh murid.
· Ada peralatan ICT yang sesuai untuk mengguna perisian.
· Ada kemahiran mengendali peralatan ICT.
· Ada keperluan untuk mengguna ICT (penggunakan ICT dapat membantu pelajar memahami dan menguasai pengetahuan yang dikehendaki)
Setelah pasti benar-benar wujud keperluan, guru hendaklah merancang penggunaan ICT, bukan dibuat secara bidan terjun. Perancangan ini perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:
Lokasi peralatan ICT (dalam kelas atau di luar kelas)
Penggunaan secara berkumpulan atau individu.
Penggunaan di dalam atau di luar waktu waktu persekolahan.


Apa Situasi Yang Sesuai Untuk Gunakan Pendekatan Ini?
Penggunaan ICT untuk pembelajaran tutorial sesuai digunakan dalam situasi berikut:· Dalam kelas yang mengandungi jumlah pelajar yang ramai dengan perbezaan kemampuan pembelajaran yang sangat ketara, guru boleh mengarahkan sebahagian daripada pelajarnya menggunakan perisian pendidikan dan memberikan tumpuan secara lebih dekat kepada kumpulan yang lain.· Dalam keadaan guru terpaksa bertugas luar, dia boleh merancang pelajaran pelajar- pelajarnya menggunakan perisian pendidikan yang bersesuaian di dalam makmal. Penyeliaan kelas bolehlah dilakukan oleh guru ganti.· Pemulihan pelajar-pelajar yang lemah boleh dibuat dengan bantuan komputer dan perisian pendidikan yang sesuai. Murid boleh mengikuti perisian berulangkali sehinggalah memahami dan menguasai pengetahuan yang dikehendaki.· Kepada pelajar-pelajar yang cerdik, guru boleh menggunakan persian pendidikan yang mencabar minda mereka. Dengan ini mengelakkan mereka daripada berasa bosan.


Kelebihan Menggunakan Pendekatan ICT Tutorial ini.


· Penggunaan ICT dapat mengindividukan pembelajaran · Penggunaan ICT membolehkan murid belajar berdasarkan kemampuan mereka sendiri.· Penggunaan ICT meningkatkan motivasi pelajar.· Pelajar boleh belajar tanpa pengawasan atau dengan pengawasan guru yang minimum.


ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan

Menurut Means et al. (1993), penggunaan ICT dikata untuk pembelajaran penerokaan apabila digunakan oleh murid sebagai medium untuk:
membolehkan mereka mencari dan mencapai maklumat (daripada CD-ROM, Internet, portal maklumat dll.)
mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi
melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid pada bila-bila masa murid memerlukannya.
Dalam pembelajaran penerokaan, murid berkuasa mengawal dan menentukan maklumat yang diterimanya melalui alatan ICT. Ini berbeza dengan pembelajaran tutorial dimana murid hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem.


ICT Digunakan Untuk Pembelajaran Penerokaan
Pendekatan ini amat serasi dan menyokong pendekatan constructivism .iaitu teori pembelajaran yang menekankan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang authentic, social negotiation of knowledge dan kolaborasi . Pelajar-pelajar di dalam kelas Geografi, boleh merujuk kepada World Facts Book yang boleh dicapai di laman web Central Intelligence Agency (CIA), atau kepada ensaiklopedia dalam talian seperti Encarta melalui Internet, Capaian juga boleh dibuat di rumah, untuk tujuan ulangkaji.
Bagi mengatasi masalah kelambatan capaian, guru boleh meminta bantuan guru yang mahir komputer untuk membuat pendua (mirror) kandungan laman ini ke dalam cakera keras tempatan dengan menggunakan perisian pendua web seperti HTTrack.Selain daripada mencapai maklumat terus daripada Internet, guru juga boleh menggunakan maklumat yang disimpan di dalam CD-ROM seperti Ensaiklopedia, pangkalan data, dan lain-lain maklumat yang boleh diperolehi di pasaran. Pembelajaran penerokaan boleh dilaksanakan samada secara bersendirian atau berkumpulan. Penetapan masa perlu diberikan perhatian oleh guru kerana tanpa kawalan, aktiviti pembelajaran boleh memakan masa yang terlalu panjang.


Situasi Yang Sesuai Untuk Gunakan Pengajaran Dan Pembelajaran Ini.


ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran penerokaan dalam situasi:· yang melibatkan aktiviti pembelajaran yang berbentuk inkuari penemuan.· Pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar.· Aktiviti yang berkaitan Kajian Masa Depan· Aktiviti pembelajaran yang berbentuk simulasi


Apa Kelebihan Menggunakan ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan.
Memberi peluang kepada pelajar untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing.
Mendorong pelajar terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran.
Memberi peluang kepada pelajar untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas.
Memberi peluang kepada guru melaksanakan pendekatan moden dalam pendidikan seperti pemulihan, pelbagai kecerdasan dan lain-lain.


ICT Sebagai Alat Aplikasi.


ICT digunakan sebagai alat aplikasi untuk membantu pelajar melaksanakan tugasan pembelajaran. Contohnya penggunaan pemproses perkataan oleh pelajar dalam aktiviti proses penulisan. Atau pun penggunaan perisian hamparan elektronik untuk oleh pelajar untuk memplot graf. Selain daripada perisian aplikasi umum seperti pemproses perkataan dan hamparan elektronik, perisian aplikasi khusus seperti editor grafik, Computer Aided Design dan lain-lain juga termasuk dalam kategori alat aplikasi yang boleh digunakan untuk membantu pelajar melaksanakan aktiviti pembelajaran.


ICT Sebagai Alat Aplikasi.


Di kalangan guru, ada yang beranggapan penggunaan ICT dalam konteks di atas telah dipenuhi bila pelajarnya menyediakan esei dan huraian dengan menggunakan pemproses perkataan. Menurut Clark dan Sun, penggunaan seperti ini tidak menyokong mana-mana falsafah pendidikan, sebaliknya, komputer dan pemproses perkataan digunakan hanya digunakan seperti mesen taip sahaja. Bagaimanapun, apabila sekumpulan pelajar berbincang, mengedit dan mengolah kandungan esei atau huraian dengan bantuan pemproses perkataan dan mempersembahkan hasil esei dan huraian ini, barulah boleh dikatakan ICT telah digunakan secara yang bermanfaat. Situasi ini turut mengambarkan pengoperasian teori pembelajaran sosio-budaya (socio-cultural learning) yang mengatakan budaya atau persekitaran sosial turut membantu pembelajaran – pelajar saling mempelajari dan membantu sesama mereka membangunkan kemahiran kognitif, metakognitif, bertutur (verbal) dan bekerjasama (Brown, 1994; Perkins, 1992; McInerney & McInerney, 1998)
Dengan bantuan aplikasi-aplikasi ini, murid akan dapat memberikan tumpuan melakukan aktiviti-aktiviti pendidikan yang authentik. Katakan dalam satu eksperimen yang telah dilakukan, pelajar perlu mengkaji perkaitan antara dua pembolehubah. Mungkin banyak graf perlu diplot supaya pertalian antara dua pembolehubah ini dapat dilihat. Walaupun kemahiran membina graf perlu dikuasai oleh pelajar tetapi dalam hal ini sepatutnya tumpuan diberi kepada melihat perkaitan antara dua pembolehubah itu. Tugas membina graf-graf ini mungkin memesongkan tumpuan murid daripada perkara yang lebih penting. Dalam hal ini, perisian aplikasi yang sesuai boleh digunakan untuk membantu pelajar membina graf-graf yang diperlukan itu, sementara perhatian mereka ditumpukan untuk melihat perkatan antara pembolehubah tersebut.


4.2 Apa Kelebihan Menggunakan ICT?
Murid boleh memberikan penumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran yang autentik.
Membolehkan guru mengemukakan masalah yang lebih mencabar minda pelajar.
Meningkatkan kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran.
ICT Sebagai Alat Pemudah Komunikasi
ICT dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila digunakan untuk membolehkan murid-murid dan guru-guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk (Clark dan Sun, 1996). Kemajuan ICT pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti berikut:
text
grafik
audio.
video
kombinasi dua atau lebih mod di atas


ICT Sebagai Alat Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran ?
Menurut Paulsen, M.F. (1995), terdapat empat teknik untuk komunikasi melalui ICT, iaitu:· Teknik Seorang – Sendirian· Teknik Seorang dengan Seorang· Teknik Seorang kepada Ramai· Teknik Ramai kepada Ramai Satu daripada model pembelajaran terkini yang mengambil peluang daripada keupaya ICT sebagai alat komunikasi ialah pembelajaran kolaboratif. Selain daripada itu, kebolehan komunikasi global melalui ICT membolehkan pelajar bertukar-tukar maklumat berhubung budaya, cara hidup, geografi setempat bagi membolehkan mereka menganalisa dan membuat perbandingan dengan apa yang mereka alami. Ini adalah merupakan satu pengalaman pembelajaran yang berupaya membuka minda mereka dan menjadikan pembelajaran lebih bermakna.


Kelebihan ICT Sebagai Alat Pemudah Komunikasi ?


Membolehkan pembelajaran kolaboratif dilaksanakan.
Meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran melalui peer group yang bersifat global.
Boleh melibatkan pakar di dalam dan luar negeri dalam proses pembelajaran.
ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P dalam kelas.


5.0 KAEDAH-KAEDAH PENGGUNAAN ICT DALAM P&P


1. KAEDAH TUTORIAL


Menurut kaedah ini ICT digunakan untuk
menyampaikan kandungan pembelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan.Pembelajaran tutorial ini merangkumi pembelajaran ekspositori ( menyampaikan maklumat kepada murid, demonstrasi sesuatu fenomena , latihan atau latih tubi yang dikawal oleh sistem. Secara umum perisian berasaskan pembelajaran tutorial ini mengandungi mempersembahkan maklumat, membimbi ng,. memberi latihan dan menilai pencapaian.


KAEDAH PENEROKAAN

Kaedah ini berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk ;Mengakses dtau mencari maklumat daripada CD atau internet, mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi atau melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang babaknmya boleh dikawal. Dalam kaedah ini murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima. Kaedah penerokaan ini sesuai digunakan dalam situasi berikut ;pembelajaran berbentuk inkuiri penemuan, penyelesaian masalah kehidupan sebenar, aktiviti berkaitan Kajian Masa Depan dan aktiviti pembelajaran berbentuk simulasi.


KAEDAH ICT SEBAGAI ALAT APLIKASIDalam kaedah ini, ICT diguna bagi membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran seperti ;Menghasilkan karanganMembina graf/jadualMelakar gambar dan sebagainya
KAEDAH ICT SEBAGAI ALAT PEMUDAH KOMUNIKASI Dalam kaedah ini ICT diguna untuk membolehkan guru dan murid berkomunikasi daripada lokasi yang berbeza untuk menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk seperti ;Teks, Grafik, Audio, Video dan Kombinasi pelbagai mod Melalui kaedah ini boleh digunakan bagi melaksanakan pembelajaran seperti berikut ;Pembelajaran kolaboratif, Meningkatkan penglibatan murid dalam proses pembelajaran, Melibatkan pakar di dalam dan luar negara dalam proses P&P.    

Di kalangan pelajar serta murid-murid kita, ada yang telah jauh lebih maju dalam penggunaan komputer berbanding sesetengah guru. Guru, selaku penyumbang ilmu kepada pelajar serta murid-murid perlu meningkatkan profesionalisme mereka untuk membolehkan pengajaran berjalan dengan lebih lancar, meluas, mudah serta berdaya saing dengan cuba sedaya upaya mengamalkan pengintegrasian TMK ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini boleh dilakukan dengan membina bahan-bahan sokongan sendiri atau mengintegrasikan penggunaan Internet dalam pelajaranKesimpulan:-

Kategori Mod Pengajaran dan pembelajaran
a. Mod Tutorial
· Pendedahan kandungan
· Tunjukcara sesuatu fenomena dgn kawalan sistem
· Latihan atau latih tubi yg disampai dan dikawal oleh sistem
Kebaikan
· Dpt mengindividukan pembelajaran
· Murid boleh belajar dgn seliaan guru yg minimum
· Murid boleh belajar mengikut kemampuan sendiri
· Meningkatkan motivasi murid utk belajar
Kelemahan
· Boleh mengakibatkan peningkatan tempoh masa yg diperlukan murid utk mempelajari sesuatu kandungan pelajaran
· Boleh mengakibatkan pembaziran masa dan tenaga
b. Mod Penerokaan· Mencari dan mengakses maklumat secara penerokaan drpd bahan sumber spt CDROM,portal maklumat dan internet
· Mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara tunjuk cara di bawah kawalan murid sendiri
· Mengalami,mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi di bawah kawalan system

Kebaikan
· Memupuk pemikiran kritis
· Memberi peluang murid menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran mereka
· Mendorong penglibatan murid yg lebih mendalam terhadap kandungan pelajaran
· Membuka peluang kpd guru menerapkan strategi-strategi pem yg berasaskan teori pembelajaran constructivism

Kelemahan
· Kemungkinan berlaku situasi di mana murid akan tersasar dr matlamat utama penerokaan
· Pendedahan kpd terlalu banyak pilihan mungkin menyebabkan murid tidak dpt memfokus kpd obj pem
c. Mod Aplikasi· Digunakan sebagai medium utk membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran dan menyalurkan maklumat kpd orang lain.
Kebaikan
· Murid dpt memberikan tumpuan kpd aktiviti pem sebenar kerana kerja-kerja pemprosesan data telah dipermudahkan
· Meningkatkan kemahiran menggunakan pelbagai aplikasi komputer
Kelemahan
· Memastikan murid mempunyai kemahiran menggunakan sesuatu aplikasi
· Masalah teknikal semasa menggunakan aplikasi

d. Mod Komunikasi
· Digunakan sbg medium perhubungan oleh guru dan murid di lokasi yg berbeza menghantar dan menerima maklumat antara mereka.
· Perkongsian maklumat boleh berlaku melalui bentuk teks,grafik,audiuo,video atau pelbagai kombinasi

Kebaikan
· Memupuk interaksi anatara murid melalui aktiviti pem koperatif dan kaloboratif
· Memupuk budaya bekerjasama murid dgn org luar dlm proses pem
· Boleh melibatkan kepakaran org luar dlm proses pem.
· Capaian kpd maklumat yg terkini

Kelemahan
· Kemungkinan berlaku situasi di mana murid akan tersasar dr matlamat utama komunikasi iaitu utk mempelajari kandungan pelajaran
· Pendedahan kpd budaya luar yg mungkin mempunyai kesan buruk kpd sistem nilai pd murid
· Kos yg tinggi utk terus berkomunikasi

Alhamdulillah.... akhirnya berjaya jugak selesaikan tugasan minggu kedua ni.... tajuknya sangat mencabar.... tapi Alhamdulillah... bisa juga terjawab... Terima Kasih Pn Faridah atas tunjuk ajarnya.... ok jawapan untuk soalan tadi..... jawapannya kerana siput babi mengalami krisis identiti.... dia berjalan sambil dia berfikir..."Aku ni siput ke,Aku ni Babi?....... eeeemmmm counfius2"... ok itu sahaja dari saya... Assalammualaikum

Sunday 24 June 2012

Assalammualaikum... sebelum tertinggal lebih jauh... tugasan minggu pertama yang tertinggal..(Teknik Persembahan TMK dalam Pj).


Dalam mengunakan TMK dalam P&P terdapat beberapa kedah yang dapat digunakan sebagai alatan bantuan mengajar, antaranya dengan mengunakan medium gambar rajah, video,audio dan permainan  sebagai pengantara bagi subjek yang di ajar. medium ini sangat mudah untuk di perolehi dalam dunia maya. hanya perlu ke engin pencarian, dan taip mengikut keperluan.
contonya: kod bagi gambar = .jpg
                kod bagi lagu      = mp3
                kod bagi video    = mp4


Penggunaan: taip perkataan yang diinginkan kemudia sambungkan dengan kod yang di inginkan


teknik persembahan TMK dalan PJ :-
a)  tutorial - teknik mengajar dengan kaedah on-line
b) Permainan -teknik soal jawab secara lan atau On line
c) Simulasi -teknik simulasi dengan kedah video
d) Tunjuk ajar - teknik tunjuk ajar dengan kaedah berkumpulan
e) ujian - ujian secara on-line


kesemua kaedah di atas dapat mengurangkan penggunaan masa dan memudahkan sesi P&P untuk guru dan pelajar


Teknologi Pengajaran
Definisi Briggs (1977) yang menyatakan Rancangan Pengajaran adalah seluruh proses
menganalisis keperluan dan matlamat pengajaran (apa) dan pembinaan satu sistem
penyampaian untuk memenuhi keperluan berkenaan.
Richey (1986) mendefinisikan Rancangan Pengajaran sebagai sains untuk mencipta spesifikasi
pengajaran yang terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan suatu
keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran sesuatu unit pembelajaran tidak kira kecil atau
besar dalam sesuatu mata pelajaran. Rancangan pengajaran mencakupi seluruh proses
pengajaran iaitu rekabentuk, bina, nilai dan pengurus pembelajaran.
Reka bentuk pengajaran merupakan pelan atau prosedur keseluruhan yang digunakan oleh
seseorang guru untuk menyampaikan pelajaran kepada pelajar. Terdapat banyak rekabentuk
yang digunakan di dalam Pengajaran Pendidikan Jasmani (Dowell, 1975, Gallahue, 1993,
Pangrazi dan Dauer, 1992)
Duffy dan Jonassen (1991) pula berpendapat bahawa Rancangan Mengajar adalah satu
andaian yang dibuat oleh pereka pengajaran tentang pelajaran dan proses pembelajaran untuk
mengenalpasti matlamat pengajaran, tentang pengembangan dan pembinaan bahan
pengajaran yang relevan atau berkaitan dengan matlamat pengajaran dan tentang pemilihan
atau pembinaan suatu pendekatan untuk menyampaikan bahan yang dihasilkan.
Integrasi ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penglibatan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran secara tidak terancang akan hanya
mengundang kegagalan. Dalam konteks penggunaan ICT ini, tiada satu cara pun yang boleh
dikatakan sebagai terbaik dan mesti digunakan oleh guru atau murid.
Pendekatan yang terbaik ialah jika penggunaannya sesuai dengan keperluan murid serta dapat
membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang munasabah.
Bagaimana saya boleh mengaplikasikan kemahiran ICT untuk
mengukuhkan lagi teknik hantaran dalam bola baling kepada pelajar ?
Integrasi ICT Dalam Pembelajaran Tutorial
Pembelajaran tutorial apabila digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran
berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Pembelajaran tutorial ini merangkumi :
1. Pembelajaran Eksploratori
2. Demonstrasi sesuatu fenomena yang akan ditunjukkan dan dikawal secara urutan.
3. Latihan atau latihtubi yand disampai dan dikawal oleh sistem.
Bagaimana ICT Digunakan Untuk Pembelajaran Tutorial ?
1. Adakah ia digunakan oleh pelajar atau murid dalam bentuk Web Based atau CD- ROM
Based.
2. Setiap perisian pendidikan mengandungi satu atau lebih daripada komponen berikut;
• Mempersembahkan maklumat
• Membimbing
• Memberi latihan
• Menilai pencapaian
Clack dan Sun (1996) menyatakan Perisian Pendidikan dalam pembelajaran tutorial
direkabentuk berdasarkan kepada model tradisional Pengajaran dan Pembelajaran. Model
transmisi yang melibatkan guru sebagai penyampai maklumat dan murid sebagai penerima
maklumat. Perisian pendidikan seperti ini lebih mudah diadaptasikan oleh guru.
Walau bagaimanapun anda perlu berhati-hati dalam melaksanakan pendekatan ini kerana :
1. Mengakibatkan pembaziran masa dan tenaga.
2. Menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif.
3. Menjuruskan kearah penyalahgunaan kemudahan ICT.
4. Mengakibatkan lebih banyak masa diperlukan oleh pelajar untuk mempelajari sesuatu.
Perkara yang perlu diambil perhatian oleh guru untuk dipertimbangkan
1. Perisian ICT yang sesuai untuk digunakan
2. Ada kemahiran mengendalikan peralatan ICT
3. Penggunaan ICT dapat membantu pelajar dan menguasai pengetahuan yang
dikehendaki
4. Kaji perisian pendidikan yang sedia ada sebagai panduan guru.
Apakah situasi yang sesuai untuk mengunakan pendekatan ini ?
Kelas yang mengandungi murid yang ramai dengan kemampuan pelajaran yang berbeza.
Dalam situasi ini guru boleh memberi tumpuan kepada sebahagian yang lain menggunakan
komputer. Guru terpaksa bertugas di luar dan kelas diselia oleh guru ganti. Dalam situasi ini
guru tersebut boleh merancang pembelajaran menggunakan komputer.
Terdapat murid sukar mengikuti pengajaran guru. Dalam situasi ini guru boleh menggunakan
perisian khusus untuk pemulihan. Terdapat murid cerdik yang memerlukan aktiviti pengayaan.
Dalam situasi ini perisian pendidikan yang mencabar minda boleh diberikan kepada mereka.
Apa Kelebihan Menggunakan ICT
1. Dapat mengindividukan pembelajaran (kendiri).
2. Murid belajar mengikut kemampuan sendiri.
3. Meningkatkan motivasi.
4. Boleh belajar tanpa penyeliaan atau dengan penyeliaan yang minimum.

Friday 22 June 2012

Ubat Segala Masaalah... Bertawasullah)...

Ketika tiga orang pemuda sedang bepergian, mereka tertahan oleh hujan dan mereka berlindung di dalam sebuah gua pada sebuah gunung. Sebongkah besar batu jatuh dari gunung melewati mulut gua tersebut dan menutupnya. Mereka berkata satu sama lain, 'Fikirkanlah perbuatan baik yang pernah engkau lakukan di jalan Allah, dan berdoalah kepada Allah dengan menyertakan perbuatan-perbuatan itu sehingga Allah akan membebaskanmu dari kesulitan yang kau hadapi.'

Salah satu di antara mereka berkata, 'Ya Allah! Aku memiliki kedua orang tua yang telah lanjut usia, dan aku memiliki anak-anak yang masih kecil yang aku telah memberikan susu yang aku miliki kepada kedua orang tuaku terlebih dulu sebelum memberikannya kepada anak-anakku. Suatu hari, aku pergi jauh untuk mencari tempat merumput (bagi ternakan), dan tidak kembali ke rumah hingga larut malam dan menemukan kedua orang tuaku sedang tidur.

Aku mengisi persediaan makanan dengan susu seperti biasanya dan membawa bejana susu tersebut serta meletakkannya di atas kepala mereka, dan aku tidak ingin membangunkan mereka dari tidurnya, dan aku pun tidak ingin memberikan susu tersebut kepada anak-anakku sebelum orang tuaku, walaupun anak-anakku sedang menangis (kelaparan) di bawah kakiku. Maka keadaanku dan mereka tersebut berterusan sampai ke pagi. (Ya Allah!) Apabila Engkau menganggapnya sebagai perbuatan yang ku lakukan semata-mata hanya karena Engkau, maka tolonglah bukakan sebuah lubang agar kami dapat melihat langit.' Maka Allah membukakan untuk mereka sebuah lubang yang dengannya mereka dapat melihat langit.

Kemudian pemuda yang kedua berkata, 'Ya Allah! Aku memiliki seorang saudara sepupu yang aku cintai seperti halnya gairah seorang pemuda mencintai seorang wanita. Aku telah mencuba merayunya tetapi ia menolak hingga aku membayarnya sebanyak seratus dinar. Maka aku pun bekerja keras sampai dapat mengumpulkan seratus dinar dan aku pergi menemuinya dengan uang itu.

Namun ketika aku duduk di antara kedua kakinya (untuk melakukan hubungan seksual dengannya), ia berkata: Wahai hamba Allah! Takutlah kepada Allah! Jangan merosakanku kecuali dengan cara yang sah (dengan perkawinan)! Maka aku pun meninggalkannya. Ya Allah! Apabila Engkau menganggapnya sebagai perbuatan yang kulakukan demi Engkau semata, maka biarkanlah batu tersebut bergerak sedikit lagi untuk mendapatkan lubang yang lebih besar.' Maka Allah bukakanlah batu tersebut untuk menjadi lubang yang lebih besar.

Dan pemuda yang terakhir (ketiga) berkata, ‘Ya Allah! Aku mengupah seorang budak dengan upah sebanding dengan satu Faraq beras, dan ketika ia telah selesai dengan tugasnya, ia meminta upah, tetapi ketika aku memberikan upah kepadanya, ia menyerah dan menolak untuk menerimanya. Kemudian aku tetap memberikan beras tersebut kepadanya (beberapa kali) hingga aku dapat membeli dengan harga hasil produksi, beberapa ekor sapi dan gembalanya. Setelah itu, budak tersebut datang kepadaku dan berkata: (Wahai hamba Allah!) Takutlah kepada Allah, dan jangan berbuat tidak adil kepadaku dan berikanlah upahku. Aku berkata (padanya): Pergilah dan ambillah sapi-sapi itu beserta gembalanya. Maka ia pun mengambilnya dan pergi. (Maka, Ya Allah!) Apabila Engkau menganggapnya sebagai perbuatan yang kulakukan semata-mata demi Engkau, maka bukakanlah  batu tersebut.’ Maka kemudian Allah membebaskan mereka (dari kesulitannya) dan batu tersebut telah berpindah seluruhnya dari mulut gua tersebut. ( Hadis Sahih Riwayat Imam al-Bukhari )
Pengajaran :

1. Bertawassul  semasa berdoa dengan menyebut amal-amal soleh yang telah dilakukan  merupakan salah satu faktor doa  diterima.
2. utamakanlah kedua orang tua dlama segala hal untuk mencapai keredaan Allah SWT.
3. Seorang majikan yang adil akan mendapat rahmat Allah.
4. Hindarilah perbuatan yang boleh membawa kepada zina dengan memilih jalan yang halal iaitu perkahwinan.

Ciri-Ciri Negara dan Bangsa

1. Negara
>> wilayah yang mempunyai penduduk, sempadan dan pemerintah 
- Contoh: Malaysia [terdiri daripada PTM, Sabah dan Sarawak]
>> institusi pemerintahan yang tersusun
- bertanggungjawab membuat dan melaksanakan keputusan politik
- menguatkuasakan undang-undang dan peraturan kerajaan

2. Bangsa
>> sekumpulan manusia mendiami sesebuah wilayah
>> mempunyai persamaan dari segi bahasa, adat resam, kesenian dan pengalaman sejarah

3. Kerajaan
>> institusi pemerintah yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar sesebuah negara
- membuat, mentafsirkan dan melaksanakan dasar
>> pengaman dan penentu arah kehidupan masyarakat

4. Perlembagaan 
>> peraturan teretinggi sama ada bertulis atau tidak bertulis
>> menjadi rujukan dan panduan bagi mentadbir dan memerintah sesebuah negara
>> memberi jaminan perlindungan kepada rakyat

=================================

Ciri-ciri Negara dan Bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka [KMM]

1. Wilayah pengaruh
- kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seorang raja

2. Kedaulatan
- kekuasaan tertinggi terhadap rakyat
- tidak boleh dihadkan oleh sesiapa
- kekuasaan yang dimiliki oleh negara atau pemerintah
- memastikan sesebuah negara bebas daripada campur tangan, paksaan, taklukan atau penjajahan

- 在KMM的时期, kedaulatan代表着raja yang memerintah

3. Lambang
- simbol / tanda identiti sesebuah negara
- Bahasa Melayu
>> bahasa kebangsaan
>> lambang penyatuan negara dan bangsa

- kebesaran sultan dan KMM dilambangkan dengan alat regalia, nobat, warna, bahasa, undang-undang, protokol dan adat istiadat istana.


4. Keunggulan undang-undang
- cara formal mengawal masyarakat
- memelihara keamanan dan melindungi rakyat

5. Rakyat
- seluruh penduduk bagi sesebuah wilayah
- terikat pada undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan
- KMM, rakyat perlu mentaati raja
>> bersedia mempertahankan negara
>> menghadiri adat istiadat kerajaan
>> gotong-royong
>> kerahan tenaga

6. Kerajaan
- badan yang berkuasa menguruskan pentadbiran, menjaga keamanan, mempertahankan kedaulatan negara dan menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain.
- KMM, Sistem Pembesar Empat Lipatan

Wednesday 20 June 2012

Assalammualaikum...Alhamdulillah,.... Tugasan terbaru... Post yang pertama bagi saya dalam blog ini...
Kronologi:-
jam: 9.00am
      Puan Faridah Abdul Rahman yang mengajar kami mata pelajaran TMK dalam PJ telah meminta kami untuk membuka satu Blog yang boleh di guakan sebagai satu medium interaksi dan pecambahan minda.... tapi sebelum itu saya tertarik untuk berkongsikan satu kisah mengenai Pn.Faridah ni,.. Sebelum Pn.Faridah, memulakan tugas Pn Faridah mesti menyampaikan satu mutiara kata yang sehingga sekarang dok terngiang-ngiang di telinga saya.... kata-kata nya ber bunyi....
                     
                           "Kalu kita bekira dengan orang, nanti org lain akan bekira dengan kita,
                     Buat apa nak bekira sangat, Nanti Allah akan gantikan dengan yang lebih baik"

MasyaAllah indah kata2 ini.... kalu boleh saya x nak bekira dengan siapa2 lagi... nak buat semuanya ikhlas kerana Allah... Ya Allah, ajarkan Adib ikhlas ya...

sekarang kita berbalik kepada topik asal kita mengenai TMK.....

DEFINISI TMK

Teknologi maklumat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Komponen Teknologi Maklumat

Teknologi Maklumat boleh dipecah kepada komponen atau bahagian untuk memudahkan kajian dalam bidang ini. Komponen tersebut adalah Teknologi, Organisasi dan Pengguna. Selain daripada itu terdapat juga tafsiran di mana komponen utama teknologi maklumat ialah komputer(perisian,maklumat,tatacara,manusia), rangkaian komunikasi dan tahu-guna( know-how ). Ia boleh digambarkan seperti berikut:


 Teknologi

Teknologi merujuk kepada Perkakasan, Perisian dan Sistem Telekomunikasi yang digunakan di dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.
Perkakasan komputer seperti unit pemproses pusat (CPU), ingatan (RAM), cakera keras (HDD), papan kekunci (keyboard), tetikus (mouse) dan sebagainya amat penting dalam proses kemasukan, pemprosesan dan penyimpanan maklumat.
Perisian komputer seperti sistem operasi (OS) yang popular termasuk Linux, UNIX, Mac OS dan Windows dan aplikasi produktiviti pejabat seperti OpenOffice atau Microsoft Office serta perisian Internet seperti pelayar web (Mozilla, Netscape Navigator, Safari dan Internet Explorer) memainkan peranan besar dalam teknologi maklumat. Ini kerana ia merupakan perisian yang paling banyak digunakan oleh pengguna komputer setiap hari. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengkelasannya sila rujuk tajuk Perisian.
Dari segi komersial dan pembangunan sistem, perisian komputer boleh dibahagian kepada dua iaitu:
  • Perisian Bebas / Sumber Terbuka - Secara amnya, boleh didapati secara PERCUMA atau dibeli berserta kod sumber seperti Linux, FreeBSD, dan OpenOffice.
  • Perisian Komersial / Sumber Tertutup - Secara amnya, lesen menggunakan perisian perlu dibeli manakala kod sumber tidak diberikan seperti Microsoft Windows dan Miscrosoft Office. Namun begitu , untuk mengimbang kebangkitan penggunaan perisian sumber terbuka, syarikat Microsoft telah melancarkan kempen yang dipanggil kongsi sumber (share source). Dengan konsep ini, pengguna komersial dan pihak kerajaan boleh 'melihat' kod sumber perisian Miscrosoft. Namun begitu, pengguna tidak dibenarkan untuk mengguna, menyunting atau mengubah kod sumber tersebut. Pengguna juga perlu menandatangani satu perjanjian untuk membolehkan mereka melihat kod sumber tersebut.
Sistem Telekomunikasi merupakan komponen yang amat penting selepas perkakasan dan perisian. Ia merupakan rangkaian dan jambatan yang menyambungkan semua sistem komputer dan sistem telekomunikasi di seluruh dunia seperti Internet, satelit, dan sistem telefon. Ia merupakan kombinasi beberapa teknologi seperti:
  • Protokol / Senibina Telekomunikasi - TCP/IP, OSI dan SNA, dsb
  • Teknologi Telekomunikasi/ Rangkaian - ATM, X.25, Frame Relay, 3G, SMS, MMS, Bluetooth, dsb
  • Teknologi Media Penghantaran - Wayar tembaga, Gentian Optik, Gelombang Mikro, Radio dan Satelit

 Organisasi

Merupakan tempat dimana teknologi maklumat digunakan, ia mempengaruhi pengurusan dan pemprosesan maklumat tersebut. Ia mungkin boleh dilihat dari sudut pentadbiran organisasi yang membahagikan organisasi kepada tiga bahagian iaitu peringkat operasi, taktikal dan strategik dimana setiap peringkat memerlukan sistem yang berbeza seperti rajah dibawah.


 Pengguna

Merupakan pengguna teknologi maklumat yang boleh dipecahkan kepada pengguna yang mengguna dan pengguna yang mentadbir maklumat tersebut.
Pengguna teknologi maklumat: Pengguna sistem yang tidak mentadbir sistem tersebut seperti kerani, jururuwang, pengurus, dsb
Pentadbir teknologi maklumat: Juruteknik komputer, pengurus teknologi maklumat, juru analisa sistem , pengaturcara program , dsb

 Sejarah teknologi maklumat

Istilah "teknologi maklumat" muncul pada sekitar dekad 1970-an. Bagaimanapun, konsepnya yang asas boleh dikesani jauh lebih lama lagi. Pada sepanjang abad ke-20, pihak tentera telah berikat dengan berbagai-bagai industri untuk membangunkan elektronik, komputer, dan teori maklumat. Secara sejarah, pihak tentera telah mendorong penyelidikan-penyelidikan tersebut dengan memotivasi dan membiayai inovasi dalam bidang penjenteraan dan pengkomputan.
Komputer komersil yang pertama ialah UNIVAC I yang direka bentuk oleh J. Presper Eckert dan John Mauchly untuk Biro Banci Amerika Syarikat. Akhir dekad 1970-an memperlihatkan kebangkitan mikrokomputer, diikuti dengan rapat oleh komputer peribadi IBM pada tahun 1981. Sejak dari masa itu, empat generasi komputer telah berkembang, dengan setiap generasi melambangkan satu langkah yang dicirikan oleh perkakasan yang semakin kecil dan berupaya. Generasi pertama menggunakan tiub vakum, dengan generasi-generasi kedua dan ketiga masing-masing menggunakan transistor dan litar bersepadu. Generasi keempat, iaitu generasi terkini, menggunakan sistem-sistem yang lebih rumit seperti penyepaduan skala sangat besar (VLSI).

 Teknologi maklumat pada hari ini

Pada hari ini, istilah teknologi maklumat telah diperluas untuk merangkumi banyak aspek pengkomputan dan teknologi, dengan istilah ini lebih dapat dikenal, berbanding dengan dahulu. Payung teknologi maklumat adalah amat besar, dan meliputi banyak bidang.
Ahli-ahi profesional melakukan berbagai-bagai tugas yang berbeza-beza dari pemasangan perisian penggunaan sehingga perekaan bentuk rangkaian komputer dan pangkalan data maklumat. Sebilangan tugas yang dilakukan oleh mereka adalah seperti yang berikut:
Senarai topik berkait yang lebih luas dibekalkan di bawah.

Pertubuhan industri

Seluruh dunia

Perikatan Teknologi dan Perkhidmatan Maklumat Dunia (WITSA) ialah sebuah konsortium yang terdiri dari melebihi 60 buah persatuan industri teknologi maklumat (IT) daripada ekonomi-ekonomi di seluruh dunia. Diasaskan pada tahun 1978 dengan nama Persatuan Industri Perkhidmatan Pengkomputan Dunia, WITSA semakin memainkan peranan sokongan yang aktif terhadap persoalan-persoalan dasar awam tentang penciptaan infrastruktur maklumat sejagat yang kuat dan berkesan.
Pertubuhan-pertubuhan utama yang lain termasuk:
  • Amerika Syarikat: Persatuan Teknologi Maklumat Amerika (ITAA), sebuah kumpulan perdagangan industri untuk syarikat-syarikat teknologi maklumat Amerika Syarikat.
  • NASSCOM, sebuah persatuan untuk syarikat-syarikat teknologi maklumat India.
  • United Kingdom: Persatuan Komputer British (BCS), sebuah badan untuki mereka yang bertugas dalam bidang teknologi maklumat di United Kingdom. Ia adalah badan pengkomputan profesional yang terbesar di United Kingdom, dengan keahlian melebihi 58,000 orang ahli di melebihi 100 buah negara di seluruh dunia
Assalammualaikum Warmatullahhiwabarakatuh.... Alhamdulillah dan selamat datang kepada para tetamu-tetamu yang sentiasa di muliakan Allah sekalian... Alhamdulillah pada tarikh 20.6.2012 telah terbitnya sebuah blog baru yang sama-sama bertujuan untuk menyampai kan dakwah demi untuk memartabatkan lagi siar islam di bumi Allah yang indah ini.. Blog ini merupakan rentetan dari Facebook ana (Ali_Asgar016@yahoo.com).... segala bentuk data dan bahan dalam Blog ini di izin kan untuk di kongsi-kongsikan kepada kawan -kawan yang lain... insyaAllah dengan usaha yang sikit ini, ia dapat menjadi saham akhirat buat kita di akhirat kelak