Friday 27 July 2012

Tajuk: Cara memasukkan suara atau muzik kedalam Power Point
Jenis:  Microsoft Office 2007

Manual Asas pembukaan Microsoft Office 2007

  i.            Klik Butang START
ii.            ALL PROGRAM
iii.            MICROSOFT OFFICE
iv.            Microsoft Office PowerPoint 2007


Cara memasukkan suara atau muzik
Peralatan yang di perlukan:- 1 ) Mikrofon
                                              2 ) File Muzik (Format WAV)


                                             
  1. Pada MENU BAR terdapat menu bagi INSERT,
  2. tekan butang INSERT dan pergi bahagian MEDIA CLIP
  3. Tekan butang SOUND, Menu list bagi SOUND akan Keluar.
  Disini ada beberapa cara untuk memasukkan bunyi
 
A ) Sound From File
-        Sound From File adalah penggunaan bunyi atau lagu yang telah tersimpan dalam computer tersebu atau sebarang data bunyi yang terdapat dalam storan. Format baginya adalah (.wav)
-       Tekan Butang Sound From File kemudia pilih file dan tekan OK.
-       Menu “pertanyaan “ akan keluar dan akan tetera cara bunyi itu akan keluar, pilih Automatically atau when clicked. Menu Automatically akan memasukkan lagu secara automatic manakala when clicked akan memainkan bunyi apa bila di tekan.

 B) Sound From Clip Organizer
-       Sound From Clip Organizer adalah penggunaan bunyi yang telah tersimpan dalam computer tersebu atau sebarang data bunyi yang terdapat dalam storan. Format baginya adalah (.wav)
-       Tekan Butang Sound From Clip Organizer kemudia menu Clip Art akan keluar pilih file bunyi yang telah tersimpan dalam microsoft office data  dan tekan OK.
-       Menu “pertanyaan “ akan keluar dan akan tetera cara bunyi itu akan keluar, pilih Automatically atau when clicked. Menu Automatically akan memasukkan lagu secara automatic manakala when clicked akan memainkan bunyi apa bila di tekan.

C) Play CD Audio Track
-       Play CD Audio Track adalah penggunaan bunyi atau lagu yang telah tersimpan dalam CD.Format baginya adalah (.mp3)
-       Tekan Butang Play CD Audio Track kemudian menu Insert CD Audio akan keluar.set kan treck lagu yang ingin di mainkan dan tekan “OK”
-       Menu “pertanyaan “ akan keluar dan akan tetera cara bunyi itu akan keluar, pilih Automatically atau when clicked. Menu Automatically akan memasukkan lagu secara automatic manakala when clicked akan memainkan bunyi apa bila di tekan.

D) Record Sound
-       Record Sound adalah penggunaan rakaman bunyi atau lagu yang dibuat atau dirakam dengan menggunakan mikrofon. Format bagi bunyi ini adalah (.mp3)
-       Tekan Butang Record Sound kemudian menu Record Sound akan keluar.tekan butang “bulat” yang bernama Record dan rakam suara dengan menggunakan microfon dan tekan “OK”
-       Bunyi rakaman akan di simpan kedalam Clip Art. pilih file bunyi yang telah tersimpan dalam microsoft office data  dan tekan OK.
-       Menu “pertanyaan “ akan keluar dan akan tetera cara bunyi itu akan keluar, pilih Automatically atau when clicked. Menu Automatically akan memasukkan lagu secara automatic manakala when clicked akan memainkan bunyi apa bila di tekan.


 Jenis Format Video
AVI ( Audio Video Interleaved ) File AVI menyimpan data audio dan video pada struktur interleaved. File ini hanya berupa kontainer - dan data audio video dapat dikompres menggunakan berbagai codec. Kualitas dan kapasitas tergantung pada codec dan secara khusus codec yang digunakan adalah MPEG, Divx atau WMV.
MPEG MPEG adalah format kompres yang diseragamkan oleh moving picture experts group. ukuran format MPEG lebih kecil dari ukuran format AVI .
3GP ( 3GPP Format File ) format vedio yang biasa di guna pakai untuk gajet-gajet kecil. Ukuran-nya pun lebih kecil dari pada AVI dan MPEG.
FLV ( Flash Video ) FLV adalah sebuah wadah format file yang digunakan untuk mengirimkan video melalui internet mengunakan Adobe Flash Player. Format FLV memiliki ukuran yang lebih kecil dari AVI dan MOV, tetapi lebih besr dari format SWF dan MPEG.
SWF berdiri untuk " Small Web Format " format video yang kurang bermutu tetapi bersaiz kecil yand boleh digunakan untuk persembahan power point. Format SWF memiliki ukuran sedang, kira - kira setengah ukuran AVI.
MOV format video
MOV format file video sekarang mendukung multichannel audio (digunakan, misalnya, dalam definisi tinggi trailer di situs Apple), sedangkan dukungan QuickTime audio dalam wadah MP4 terbatas pada stereo. MOV format video berfungsi sebagai wadah multimedia file yang berisi satu atau lebih track.

Jenis Format Gambar
* BMP - Microsoft Windows bitmap
* DIB - Microsoft Windows Device Independent Bitmap
* EPI - Adobe Encapsulated PostScript Interchange format
* EPS - Adobe Encapsulated PostScript
* GIF - CompuServe Graphics Interchange Format
* JPC - JPEG-2000 Code Stream Syntax
* JPEG - Joint Photographic Experts Group JFIF format
* PCD - Photo CD
* PCX - IBM PC Paintbrush file
* PDB - Palm Database ImageViewer Format
* PDF - Portable Document Format
* PGM - Portable graymap format (gray scale)
* PICT - Apple Macintosh QuickDraw/PICT file
* PNG - Portable Network Graphics
* PSD - Adobe Photoshop bitmap file
* SVG - Scalable Vector Graphics
* TGA - Truevision Targa image



Jenis Format lagu
MPEG Layer 3 atau lebih dikenali sebagai mp3 ialah satu format audio file yang dibentuk dengan cara memampatkan wave files dengan nisbah 12:1, tanpa mengurangkan kualiti audio file tersebut. Dengan ayat yang mudah, satu fail .wav akan dikecilkan 12 kali ganda dan hasilnya ialah fail .mp3 . 
 WMA atau Windows Media Audio merupakan format kompresi audio yang dikembangkan oleh Microsoft sebagai saingan dari format file MP3
AAC (Advanced Audio Coding) merupakan format kompresi audio yang digunakan dalam Apple iPod, iPhone dan iTunes. Namun kini handphone keluaran terbaru pun telah banyak yang mendukung format file AAC ini
PCM = Pulse Code Modulation juga dikenal sebagai Linear PCM adalah standar untuk format CD Audio. Karena sifatnya yang tidak terkompresi, maka format PCM ini mempunyai ukuran file yang cukup besar bila dibandingkan dengan format MP3
WAV atau Waveform. File Audio WAV mirip dengan PCM, namun boleh terkompres mahupun tidak terkompres. File Wav juga hampir sama dengan file AIFF yaitu file Audio yang digunakan komputer Mac. Format WAV banyak digunakan oleh handphone, sehingga penggunaannya menyamai file MP3

Disediakan Oleh Muhammad Adib Bin Ahamad F2d 2012

Friday 6 July 2012

Tugasan 4 Minggu3

INTERNET DALAM PENDIDIKAN
Internet merupakan jaringan elektronik yang menghubungkan manusia dengan manusia yang lain di seluruh dunia melalui komputer. Internet merupakan salah satu komponen yang penting di dalam era ledakan maklumat secara global dan maklumat yang diperolehi adalah tanpa sempadan . Pada ketika ini para pendidik dari semua peringkat di serata dunia telah menggunakan internet untuk berkomunikasi, berkongsi maklumat sesama mereka. Menurut Honey dan Henriquez (1993), yang di petik dari Rothenberg (1995), penggunaan rangkaian kerja elektronik boleh membantu guru ( terutama guru baru) dari segi menggurangkan pemencilan diri, mereka boleh berhubung sesama guru, dan boleh meningkatkan professionalisme.
Pelajar sekolah atau pelajar di Institut Pengajian Tinggi, dapat memperolehi maklumat yang diinginkan melalui akses ke internet di mana-mana sahaja lokasi-lokasi pendidikan atau agensi-agensi tertentu. Misalnya, seorang pelajar Malaysia boleh mendapat maklumat sesuatu projek yang dibuat oleh pelajar universiti di Amerika Syarikat. Manakala pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara boleh mendapatkan maklumat mengenai syarat kemasukan, peruntukan yuran dan selainnya dalam internet. Malahan guru pula boleh menjelajah ke seluruh dunia untuk bertukar pendapat dengan sekolah-sekolah lain di seluruh dunia melalui e-mail. Perpustakaan elektronik juga dapat membantu mereka dalam membuat sesuatu penyelidikan. Berbagai masalah dapat diselesaikan dan berbagai maklumat dapat diperolehi dengan lebih mudah, pantas dan berkesan jika dibanding dengan penggunaan faks.
Penggunaan internet membolehkan kita mendapatkan sumber maklumat kajian yang bermutu dan amalan aplikasi dari kalangan para pendidik dan para pelajar (Means et al., 1993, yang di petik dari Rothenberg (1995). Apakah Ciri-Ciri Pada Internet Yang Popular Di Kalangan Pendidik Didalam Mengintegrasikan Kepada Proses Pembelajaran Dan Pengajaran ?
a) . Mel Elektonik ( E-Mail )





Kegunaan Internet Kepada Guru.:-
a)      Sumber interaksi kepada pelajar secara maya
b)      Meluaskan sumber pencarian ke serata dunia
c)      P&P Lebih interaktif dan Fleksibel
d)     Berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan sekolah-sekolah lain.
e)      Berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latar belakang negara mengenai berbagai isu semasa.
f)       Mengalakan perkembangan bahasa terutama bahasa inggeris misalnya mendapatkan rakan pena melalui e-mel dari negara luar.
g)      Bertanyakan penyelesaian sesuatu masalah pelajaran secara "on-line
Kegunaan Internet Kepada Pelajar:-
a)       Berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesama guru, ibu-bapa, pelajar, dan pihak jabatan.
b)       Mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal.
c)       Mengutus e-mel kepada sekolah lain mengenai bagaimana mereka mengendalikan sesuatu masalah.
d)       Berkongsi dan bertukar idea-idea bilik darjah ; teknik mengajar, pengajaran yang kreatif, maklum balas mengenai buku dan alat bantuan mengajar, dan sesuatu projek.
e)       Menghubungi agensi-agensi pusat dan sekolah lain mengenai sesuatu program dan polisi yang di gunakan di tempat-tempat lain.

Faedah TMK  Dalam P&P PJ
Mengikut statistik, pengguna Internet di Malaysia pada tahun 1990 dan 1995 masing-masing ialah 18 000 dan 778 000. Peningkatan ini disebabkan Internet telah mewujudkan pelbagai ruang untuk beraktiviti dan memainkan peranan sebagai agen perubahan masyarakat dalam kurikulum pendidikan negara. Revolusi teknologi maklumat yang bakal mempengaruhi persekitaran pendidikan semasa di Malaysia akan cuba dieksplotasikan melalui penubuhan sekolah bestari dan Internet menjadi salah satu kemudahan yang bakal memainkan peranan penting dalam mencorakkan sekolah yang berwajah baru di seluruh negara. Jamaludin Badusah (2000)
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003) secara jelas telah menggariskan tiga dasar utama ICT dalam pendidikan. Pertama literasi ICT untuk semua pelajar, Kedua mengutamakan peranan dan fungsi ICT sebagai kurikulum dan alat P&P. Ketiga penggunaan ICT untuk meningkatkan produktiviti. Oleh itu Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum, menjelaskan. Beberapa manfaat ICT dalam pendidikan diantaranya:
  1. Berupaya meningkatkan kefahaman dan keupayaan murid dalam pelajaran
  2. Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid dengan pelbagai keupayaan
  3. Meningkatkan motivasi murid
  4. Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning)
  5. Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi
  6. Mewujudkan suasana pembelajaran yang mencabar dan menyeronokkan
  7.  Membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yg sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya dilakukan dengan cara biasa
  8. Meningkatkan kreativiti dan imaginasi murid
  9. Memberi peluang kepada murid belajar secara lebih berkesan dengan bimbingan yang minima.
  10. Meningkatkan kemahiran ICT

MANFAAT ICT DALAM P&P PJ
ICT dalam Pengajaran – Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Apakah yang anda semua faham tentang penggunaan ICT dalam pengajaran? Secara ringkasnya ICT adalah singkatan daripada perkataan English iaitu Information and Communication Technology yang bermaksud Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Jadi ICT dalam Pengajaran adalah berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di dalam pengajaran dan pembelajaran.

MAKSUD PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P. Integrasi ICT dalam P&P ini melibatkan guru dan pelajar. Ini bermakna ICT digunakan sebagai wahana P&P bukan belajar tentang ICT.
Manafaat Penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran:
• berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran
• memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan
• meningkatkan motivasi murid
• membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning )
• membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi
• membolehkan murid mengumpul maklumat yang diperlukan masa yang lama atau terlalu
mahal untuk dikumpul
• mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar
• membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal,
mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa
• meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid
• memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minima
• meningkatkan kemahiran ICT


SYARAT UNTUK MEMANFAAT ICT DALAM P&P
Untuk memperoleh manfaat penggunaan ICT dalam P&P, perkara- perkara berikut perlu diberi perhatian :
• Pengunaan ICT dalam P&P perlu dirancang dengan baik, bukan secara bidan terjun atau
sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum
• Guru mesti menggunakan ICT bersesuaian dengan kehendak kurikulum atau untuk
menyokong sesuatu pendekatan P&P
• Ada perkakasan dan perisian yang boleh digunakan serta aktiviti pembelajaran yang sesuai
Kefahaman konsep pengajaran dan pembelajaran berasaskan mod.
Mod atau pendekatan yang diperkenalkan untuk integrasi ICT dalam P&P merupakan satu pendekatan untuk memudahkan guru – guru mengaplikasikan satu proses P&P yang melibatkan teknologi dengan lebih terancang. Konsep penggunaan ICT dalam P&P boleh dikategori sebagai :
a)      Tutorial
b) Aplikasi
c) Penerokaan ( Eksploratori )
d) Komunikasi
e)  aplikasi dalam p&p


MODEL CASPER
Pengenalan
Reka letak dalam perisian persembahan elektronik ialah ilmu atau kemahiran yang digunakan untuk meletak dan menyusun media pada paparan bagi membentuk persembahan yang menarik. Keupayaan meletak dan menyusun elemen media yang baik dan berkesan memberi kesan yang positif terhadap persembahan.

 Prinsip Reka Letak CASPER
Prinsip reka letak CASPER merupakan panduan menyusun media seperti teks, grafik, animasi dan video pada sesuatu persembahan yang dapat merangsang perhatian dan minat penonton.
Skrin yang diletakkan dengan media tanpa dirancang menyebabkan persembahan yang dihasilkan kurang menarik.





Prinsip reka letak CASPER adalah berdasarkan singkatan perkataan CASPER seperti berikut:
         C - Contrast (Perbezaan yang ketara)
A - Alignment (Penjajaran)
S - Simplicity (Ringkas)
P - Proximity (Jarak antara objek)
E - Emphasis (Penekanan )
R - Repetition (Pengulangan)

Contrast (Perbezaan yang ketara)
Kunci atau prinsip contrast menyatakan bahawa jika dua item tidak serupa, maka harus jadikan mereka berbeza iaitu sangat berbeza. Idea utama di sebalik contrast ialah untuk mengelak unsur dalam paparan kelihatan hampir sama. Contrast adalah salah satu daripada cara yang paling berkesan untuk menambahkan tarikan terhadap sesuatu reka bentuk.

Contrast boleh dibuat dalam berbagai cara. Antaranya contrast antara
font jenis besar dan jenis kecil
font berlainan muka taip
garis halus dan garis kasar
warna sejuk dan warna hangat
tekstur licin dan tekstur kasar
unsur mendatar dan unsur menegak
garis berjauhan dan garis berdekatan satu sama lain
grafik kecil dan grafik besar.

Alignment (Penjajaran)
Pereka grafik selalunya ingin meletakkan teks dan grafik di mana terdapat tempat kosong di atas paparan tanpa memikirkan item lain. Akibatnya keadaan menjadi berselerak, contohnya seperti dapur yang berselerak dengan cawan di sini, piring di sana, napkin di atas meja dan kain pencuci di atas lantai.
Dalam prinsip alignment, setiap item yang hendak diletakkan dalam muka perisian perlulah seimbang dengan muka perisian kursus agar kelihatan menarik. Pembangun perisian kursus seharusnya pandai menyusun item yang ingin dipersembahkan supaya ia kelihatan seimbang. Dengan kata lain, dalam prinsip alignment, item perlu disusun supaya tidak janggal.
Item juga perlu mempunyai kaitan secara visual antara satu sama lain di setiap paparan perisian kursus.


Simplicity (Ringkas)
Grafik dan animasi perlu ringkas, mudah dan dapat merangsang pengguna memahami maksud yang hendak disampaikan. Dengan kata lain sesuatu bahan grafik dan bahan yang diletakkan di atas paparan seharusnya dapat memudahkan penerokaan dan merangsangkan pemikiran.
Visual yang dipilih perlulah ringkas, bersesuaian dengan pengguna dan mudah difahami. Dengan kata lain, penggunaan grafik dan elemen media dalam perisian yang dibina perlulah membantu pengguna melayari perisian dengan mudah.

Proximity (Jarak antara objek)
Secara ringkas proximity boleh dikatakan sebagai reka letak dari aspek jarak antara teks, jarak antara grafik serta jarak antara teks dan grafik.
Item-item yang mempunyai kaitan antara satu sama lain berkaitan perlu dikumpulkan supaya dilihat sebagai satu kumpulan dan tidak terpisah.
Item-item yang tidak berkaitan pula harus dijarakkan untuk mengelakkan tindanan supaya dapat dilihat sebagai membawa maklumat yang berlainan.
Hasilnya paparan akan kelihatan menjadi satu unit visual yang mempunyai beberapa unit maklumat yang terpisah.

Emphasis (Penekanan )
Pembangunan paparan perisian kursus perlu kepada cara tertentu bagi memberi penekanan terhadap perkara dan maklumat yang hendak disampaikan melalui paparan.
Pelbagai cara boleh digunakan untuk menarik perhatian penonton dan pengguna perisisan kursus termasuk:
· saiz teks dan objek,
· bentuk teks dan objek,
· susun atur teks dan objek,
· warna teks, warna objek dan warna latar,
· grafik dan animasi.
Namun begitu adalah dinasihatkan supaya tidak menggunakan terlalu banyak elemen sampingan untuk menarik perhatian, yang mana boleh menyebabkan tumpuan lebih kepada elemen sampingan dan bukan kepada maklumat sebenar yang hendak disampaikan melalui paparan.
Repetition (Pengulangan)
Kewujudan piawaian antara paparan dapat membantu pengguna mentafsir dan memahami dengan mudah mesej yang diberikan melalui perisian kursus.
Pengulangan penekanan (emphasis) tertentu seperti warna latar dan saiz serta bentuk font dalam persembahan akan membantu pemahaman pengguna terhadap kategori mesej yang sedang disampaikan melalui perisian kursus. Namun begitu pengulangan yang terlalu banyak perlu dielakkan kerana boleh menyebabkan paparan menjadi tidak menarik sehingga tidak dapat menyampaikan mesej.
Dalam keadaan tertentu, suatu mesej boleh diulang dengan menggunakan media yang berlainan termasuk media teks, grafik, audio atau animasi. Ini membolehkan pelbagai pengguna yang mempunyai kecenderungan berbeza terhadap media menggunakan sesuatu perisian kursus dengan tahap keberkesanan yang sama.